SYAHIR CINNAMON ENTERPRISE
Syahir Cinnamon Enterprise
adalah perniagaan berasaskan produk bakeri atas nama CINNAMON PASTRY HOUSE.
Premis perniagaan yang dipilih terletak di lokasi yang strategik
di kawasan perumahan, pejabat dan jabatan kerajaan serta sekolah rendah
dan menengah di Kluang, Johor. Sebelum tertubuhnya syarikat ini, pemilik
telah menimba ilmu pengetahuan dan melengkapkan diri dengan kemahiran
berkaitan pengurusan, penyediaan, pembuatan dan hiasan kek serta roti yang sewajarnya
daripada pengalaman berkursus dan bekerja di kedai bakeri ibu saya sendiri
di SUZIL House of Bakery Kluang, Johor sebagai langkah mempersiapkan diri saya
untuk menjadi seorang pengurus syarikat yang bijak dan berinovasi.
Selain daripada itu, hasrat untuk menyediakan
produk dan perkhidmatan berasaskan bakeri yang halal untuk pelanggan
beragama islam juga telah menjadi pendorong kepada saya untuk menceburi
bidang perniagaan yang kebanyakannya dipelori oleh kaum bukan Bumiputera.
Seterusnya, saya juga dapat menyumbang kearah peningkatan bilangan
bumiputera yang menceburi bidang perniagaan yang mencabar ini disamping
dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada bumiputera yang lain.
