SYAHIR CINNAMON ENTERPRISE

          Syahir Cinnamon Enterprise adalah perniagaan berasaskan produk bakeri atas nama CINNAMON PASTRY HOUSE. Premis perniagaan yang dipilih terletak di lokasi yang strategik di kawasan perumahan, pejabat dan jabatan kerajaan serta sekolah rendah dan menengah di Kluang, Johor. Sebelum tertubuhnya syarikat ini, pemilik telah menimba ilmu pengetahuan dan melengkapkan diri dengan kemahiran berkaitan pengurusan, penyediaan, pembuatan dan hiasan kek serta roti yang sewajarnya daripada pengalaman berkursus dan bekerja di kedai bakeri ibu saya sendiri di SUZIL House of Bakery Kluang, Johor sebagai langkah mempersiapkan diri saya untuk menjadi seorang pengurus syarikat yang bijak dan berinovasi.

                 Selain daripada itu, hasrat untuk menyediakan produk dan perkhidmatan berasaskan bakeri yang halal untuk pelanggan beragama islam juga telah menjadi pendorong kepada saya untuk menceburi bidang perniagaan yang kebanyakannya dipelori oleh kaum bukan Bumiputera. Seterusnya, saya juga dapat menyumbang kearah peningkatan bilangan bumiputera yang menceburi bidang perniagaan yang mencabar ini disamping dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada bumiputera yang lain.

No comments:

Post a Comment